Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis percaya cemburu motif pembunuhan ibu tunggal - IGP

    Polis percaya cemburu motif pembunuhan ibu tunggal – IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis percaya motif pembunuhan ibu tunggal Mila Sharmilah Samsusah, 32, yang hilang sejak 14 Dis lepas, adalah disebabkan cemburu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

    Beliau juga berkata punca kematian wanita berkenaan disebabkan keretakan di kepala yang terkena benda tumpul.

    “Motif pembunuhan Bella ini adalah mungkin cemburu, macam saya cakap sebelum ni di Kuala Lumpur, kes bunuh ini mesti mempunyai motif.

    “Daripada motif tersebutlah, kita akan memulakan (siasatan) di situ, dapat bayangan ke arah motif. Inilah motif (pembunuhan Bella) yang kita dapat tahu,” kata beliau kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru, hari ini.

    Razarudin berkata suspek kes pembunuhan Bella telahpun dituduh di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi.

    Beliau juga menafikan dakwaan di media sosial bahawa polis seolah-olah memberi “layanan mesra” kepada suspek dalam siasatan kes itu dan menjelaskan kali pertama suspek utama ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang.

    Namun, Razarudin berkata setelah keterangan diambil, suspek diberi jaminan polis kerana pihaknya mendapati tidak cukup bukti dan selepas terdapat bukti-bukti dan keterangan baharu, pihaknya menahan suspek sekali lagi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

    “Bukti-bukti dan keterangan (baharu) membolehkan kita menangkap dan siasatan seterusnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh. Bukan kata kita bebaskan sebab hendak bagi peluang dia pergi umrah, tidak,” katanya lagi.

    Pagi tadi, seorang posmen yang merupakan teman lelaki kepada Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 25, didakwa membunuh ibu kepada dua anak itu, antara 11 Malam 14 Dis sehingga 5.20 pagi, 15 Dis lepas.

    ALSO READ:  Pengundi bukan Melayu 'malu': Calon PN tukar taktik kempen

    Jumaat lepas, polis menemui rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani di Batu Pahat, selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan wanita berkenaan.

    Wanita berkenaan dilaporkan hilang sejak 14 Dis lepas selepas gagal dihubungi setelah dikatakan menaiki kereta teman lelakinya untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts