Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis rampas ganja bernilai RM93,000 di sempadan Perlis

    Polis rampas ganja bernilai RM93,000 di sempadan Perlis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis merampas dadah jenis ganja seberat 30 kilogram yang dianggar bernilai RM93,000 di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dekat Chuping di Padang Besar, Perlis Sabtu lepas.

    Timbalan Ketua Polis Perlis SAC Baderulhisham Baharudin berkata rampasan dilakukan selepas Pasukan Gerakan Udara yang membuat pemantauan menggunakan dron di kawasan terbabit telah mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigakan di laluan pagar keselamatan sebelah Thailand.

    “Bertindak atas maklumat itu, Pasukan Gerakan Am telah pergi ke kawasan berkenaan dan menjumpai tiga guni putih di dalamnya berisi 30 ketulan mampat bersalut kerajang aluminium yang disyaki mengandungi dadah jenis ganja.

    “Dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 150,000 orang penagih,” katanya pada sidang media di Kangar hari ini.

    Baderulhisham berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Dalam satu kes berasingan, dia berkata polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dan merampas 1,020 kilogram daun ketum di Kampung Wang Kelian, Jalan Kaki Bukit, Sabtu lepas.

    Menurut Baderulhisham, lelaki itu ditahan pada 2.30 petang ketika memasukkan bungkusan guni dipercayai mengandungi daun ketum ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran Thailand.

    “Hasil pemeriksaan, polis menemukan 30 guni di dalamnya berisi daun-daun disyaki daun ketum yang keseluruhan seberat 1,020 kilogram bernilai RM10,200,” katanya.

    Dia berkata lelaki itu yang positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah kini direman tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts