Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis rampas ganja hampir setengah juta dalam jirat, 2 lelaki ditahan

    Polis rampas ganja hampir setengah juta dalam jirat, 2 lelaki ditahan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Taktik sindiket dadah menyimpan bekalan ganja dalam kubur Cina di Mount Erskine, Pulau Tikus di George Town, Pulau Pinang bagi mengelak dikesan pihak berkuasa berjaya dibongkar polis dalam siri serbuan selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM496,088 pada Rabu dan Khamis lepas.

    Dalam siri serbuan itu, pihak polis berjaya merampas antaranya 100 bungkusan ganja mampat yang disembunyikan dalam sebuah kubur Cina lama yang dipercayai dikorek lubang kira-kira 60 sentimeter untuk menyimpan stok ganja tersebut.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata dalam siri serbuan itu, pihak polis pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 50 tahun di tepi jalan di kawasan Estate Hong Seng pada empat petang dan merampas ganja seberat 7.82 gram (g) bersamanya.

    “Polis kemudiannya menahan seorang lelaki berumur 35 tahun kira-kira 300 meter dari tempat suspek pertama ditahan dan merampas ganja serta syabu bernilai hampir RM10,000,” katanya pada sidang akhbar di George Town hari ini.

    Katanya lelaki kedua itu seterusnya membawa pasukan polis ke sebuah pondok dalam hutan di perkampungan Estate Hong Seng dan polis merampas 45 bungkusan ganja mampat seberat hampir 50 kilogram (kg) di situ.

    Razlam berkata kesemua ganja bernilai RM154,869 itu disembunyikan dalam dua guni dan disimpan di pondok tersebut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

    Katanya hasil soal siasat, lelaki pertama yang ditahan itu kemudiannya membawa pihak polis ke kawasan tanah perkuburan Cina di situ dan menemukan 100 bungkusan mampat ganja seberat 102.9kg bernilai RM331,272 yang disorok dalam sebuah kubur di situ.

    “Kubur itu merupakan kubur lama dan jauh dari kawasan perkuburan baru di situ, sindiket tersebut dipercayai mengorek lubang dalam kubur itu kira-kira 60 sentimeter untuk menyimpan ganja-ganja tersebut,” katanya.

    ALSO READ:  Sanusi sendiri rosakkan reputasinya - Saifuddin

    Dia berkata berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai daripada rangkaian sindiket yang sama dan mereka bergiat aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak Disember lepas.

    Katanya mereka dipercayai mendapat bekalan ganja dari negara jiran dan semua ganja tersebut adalah untuk bekalan pasaran tempatan.

    “Dua lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah serta mempunyai pelbagai rekod lampau itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts