Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis sahkan laporan dakwaan penculikan Taib Mahmud

    Polis sahkan laporan dakwaan penculikan Taib Mahmud

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis hari ini mengesahkan menerima laporan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli keluarganya.

    Menurut laporan polis yang dibuat pada Ahad lalu yang dilihat oleh Malaysiakini, Taib dilaporkan ketika itu, sedang dirawat di unit rawatan rapi Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching.

    Laporan itu mendakwa lewat malam Sabtu, seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

    Taib kemudian diletakkan di atas sebuah kerusi roda dan diusung keluar dari hospital dan dibawa menaiki sebuah kenderaan.

    Laporan polis kedua oleh ahli keluarga Taib yang lain dilaporkan telah dibuat pada Ahad berdasarkan laporan pertama.

    Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata dalam satu kenyataan memaklumkan kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

    “Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

    “Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iatu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts