Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis sahkan terima laporan ancaman bom di Menara MBJB

    Polis sahkan terima laporan ancaman bom di Menara MBJB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum, di Johor Bahru hari ini.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata siasatan telah dijalankan.

    “Ada (laporan ancaman bom), dalam siasatan. Harap bertenang dan jangan panik.

    “Keadaan terkawal, tiada terkesan objek yang mencurigakan di seluruh 22 tingkat Menara MBJB,” katanya ketika dihubungi pemberita.

    Sementara itu, Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Noorazam Osman, dalam satu kenyataan, memaklumkan ancaman bom yang diterima pihaknya adalah palsu.

    “Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa ancaman itu palsu dan mengesahkan Menara MBJB adalah selamat untuk beroperasi.

    “Menara MBJB yang menempatkan lebih 500 kakitangan kini telah beroperasi semula mengikut waktu pejabat. Kesemua mereka telah dibenarkan untuk kembali semula ke pejabat jam 2 petang tadi,” katanya.

    Terdahulu, menurut Mohd Noorazam pihaknya menerima satu e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang mendakwa dirinya bernama Takahiro Karasawa ( [email protected]) pagi tadi.

    Beliau berkata susulan penerimaan e-mel tersebut, MBJB telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

    “Arahan pengungsian bangunan dan berkumpul di lokasi menunggu telah dikeluarkan kepada seluruh anggota MBJB dan orang awam di Menara MBJB sekitar jam 12 tengah hari ini sehingga pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak PDRM,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts