Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis selamatkan empat warga India mangsa pemerdagangan

    Polis selamatkan empat warga India mangsa pemerdagangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah menyelamatkan empat wanita warga India yang dipercayai menjadi mangsa perdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Larkin, Johor Bahru petang semalam.

    Ketua Polis Johor, CP M Kumar mengatakan dalam serbuan kira-kira pukul 2.15 petang itu, polis juga telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun yang dipercayai berperananan sebagai pengurus rumah bordello dan pengangkut.

    “Siasatan awal menunjukkan bahawa kesemua mangsa yang berusia antara 24 hingga 39 tahun datang ke Malaysia dengan ditawarkan pekerjaan dalam bidang teknologi maklumat dan pembantu rumah.

    “Namun begitu, setelah tiba di negara ini, mereka dikurung dan dipaksa untuk menjadi pelacur dengan bayaran bulanan sebanyak RM2,300,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau menyatakan bahawa ujian air kencing menunjukkan bahawa lelaki tersebut positif dadah jenis Methamphetamine.

    Menurut Kumar, kedua-duanya akan direman selama seminggu sehingga Jumaat depan, manakala perintah perlindungan sementara bagi semua mangsa telah diluluskan selama 21 hari bermula hari ini hingga 5 April depan.

    Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 55 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts