Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis serah kertas siasatan 'fatwa' Muhyiddin paling lewat Khamis

    Polis serah kertas siasatan ‘fatwa’ Muhyiddin paling lewat Khamis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Polis sedang menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin Yassin berhubung ‘fatwa’nya semasa kempen pilihan raya kecil parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor baru-baru ini. Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata pihaknya menjangkakan untuk melengkapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara pada Khamis. “Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin (berhubung dakwaan ‘fatwa’ beliau) kita dah ambil pagi tadi di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). “Jangka dalam dua hari (sama ada esok atau Khamis) akan diserahkan kepada AGC,” katanya kepada Malaysiakini.

    Minggu lalu, polis berkata telah membuka dua siasatan terhadap pengerusi PN berhubung kenyataannya semasa pilihan raya kecil berkenaan, dengan Muhyiddin didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, royalti). Ia termasuk insiden Muhyiddin, juga presiden Bersatu, didakwa memberitahu pengundi bahawa “haram hukumnya” untuk mereka mengundi calon PH untuk parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat. Kes disiasat oleh pasukan petugas khas polis mengenai 3R, mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

    Ketika ditanya jika polis akan mencadangkan Muhyiddin didakwa di mahkamah atas dakwaan kesalahan itu, Razarudin berkata mereka masih meneliti semua bukti dan kenyataan. Difahamkan, para penyiasat turut merekodkan keterangan beberapa individu lain bagi membantu siasatan kes tersebut.

    Sementara itu, mengenai siasatan lain berkaitan kes 3R terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Razarudin berkata kertas siasatan masing-masing masih dalam penilaian AGC. Minggu lalu, KPN dilaporkan berkata bahawa kertas siasatan mengenai kenyataan Mahathir telah diserahkan pada 5 Sept manakala kertas siasatan kes Hadi diserahkan pada 7 Sept lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts