Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis siasat Howard Lee lepas petik terjemahan al-Quran

    Polis siasat Howard Lee lepas petik terjemahan al-Quran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Polis akan menyiasat Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee berhubung video memaparkan dia memetik terjemahan al-Quran yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

    Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri berkata siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman susulan laporan pertama berkenaannya yang dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

    Yusri juga berkata polis Perak pula menerima laporan yang dibuat NGO Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak semalam yang meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap Howard Lee kerana didakwa menghina Islam.

    “Di Perak, kita hanya menerima satu laporan berhubung dengannya dan kita rujuk kepada laporan asal yang dibuat di (Balai Polis) Jalan Tun Razak. Kes ini juga disiasat oleh pihak USJT Bukit Aman,” katanya menurut laporan media.

    Semalam, media melaporkan Jabat Perak membuat laporan polis terhadap Lee di Balai Polis Manjoi, Perak.

    Presiden Jabat Perak Amiruddin Mohd Daud dilapor berkata, pihaknya berpandangan Lee sengaja menghina Islam memandangkan ahli parlimen itu bukan beragama Islam namun bertindak menafsirkan ayat al-Quran, justeru menyentuh perkara 3R (agama, raja, kaum).

    Dalam video tersebut, Lee memetik sebahagian ayat 59 surah an-Nisaa’ yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”

    Dalam video itu, dia juga mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan sejumlah pemimpin parti itu yang didakwanya membawa fahaman Khawarij yang mengkafirkan umat Islam lain.

    “Ustaz-ustaz dan kawan-kawan yang kuat mengaji pernah ceritakan tentang fahaman Khawarij dengan sikap takfirinya yang suka kafirkan orang dan hukum secara semberono orang masuk syurga atau neraka.

    ALSO READ:  Appeals court dismisses woman's appeal in bid to renounce Islam

    “Ustaz-ustaz fahamkan yang Haji Hadi dan segelintir pemimpin PAS sebenarnya sangat jelas bawa fahaman Khawarij, yang keluar dari ketaatan kepada Ulul Amri, keluar dari ketaatan kepada Saidina Ali (sebagai khalifah).

    “Jangan ingat saya bukan Islam, saya tak baca. Bila ada orang berilmu beritahu (tentangnya), kami baca, kaji dan tahu,” katanya.

    Dia kemudian memetik sebahagian daripada ayat 59 surah an-Nisaa’ tersebut dan mengaitkannya dengan usaha PAS dalam melawan kerajaan.

    Dia berkata pentadbiran sekarang adalah kerajaan yang sah kerana dipilih melalui pilihan raya, diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan diperakui Perlembagaan Persekutuan.

    “Justeru memperkotak-katikkan kerajaan sedia ada ini telah meniupkan roh Khawarij dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

    “Hakikatnya semua propaganda nak mengangkat Islam, mengangkat agama, bangsa dan negara ikut de me (mereka) semata-mata. Sebenarnya nak meraih undi,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts