Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis siasat kes gaduh dipercayai babit anak bekas Exco P Pinang

    Polis siasat kes gaduh dipercayai babit anak bekas Exco P Pinang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu dipercayai termasuk anak bekas Exco Pulau Pinang yang bergelar ‘Datuk’ di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah, di George Town baru-baru ini seperti tular menerusi media sosial.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata kejadian itu berlaku pada 11 Mei lepas dan pihaknya telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak berhubung insiden berkenaan.

    “Setakat ini tiada tangkapan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Video berdurasi 43 saat itu memaparkan pergaduhan beberapa individu termasuk dua wanita.

    Difahamkan seorang daripada yang terlibat dalam pergaduhan itu ialah anak bekas Exco Pulau Pinang yang bergelar ‘Datuk’ dan pernah berkhidmat dengan kerajaan Negeri pada 1999 hingga 2018.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts