Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis siasat pusat hiburan terbakar disyaki dibaling bom petrol

    Polis siasat pusat hiburan terbakar disyaki dibaling bom petrol

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis sedang menyiasat kejadian kebakaran disyaki akibat bom petrol di sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur, semalam.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof mengesahkan kejadian itu.

    “Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

    “Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

    Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu, yang dirakamkan dari sebuah premis berdekatan kedai yang diserang, menunjukkan empat lelaki tiba di tempat kejadian dengan dua motosikal, sebelum melontar dua objek dipercayai bom petrol dan melarikan diri.

    Rakaman lain menunjukkan orang yang lalu lalang cuba memadamkan api yang melanda premis itu selepas itu. Kedua-dua klip itu kini tersebar di media sosial.

    Tahap kerosakan pusat hiburan dan kerugian yang dialami masih belum dapat dipastikan.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts