Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

    Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.

    Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan berusia 34 tahun dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Jerantut.

    Dia berkata semakan juga mendapati ibu kepada tiga cahaya mata itu mempunyai rekod perubatan sebagai pesakit psikiatri di sebuah hospital di Kelantan sejak November tahun lepas.

    “Suspek masih lagi menerima rawatan di unit psikiatri buat masa ini dan pemantauan serta siasatan akan diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Hantaran mengenai dakwaan wanita terbabit tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts