Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis: Suspek kes khianat rumah Ngeh dipercayai guna petrol

    Polis: Suspek kes khianat rumah Ngeh dipercayai guna petrol

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengesahan awal mendapati bahan bakar yang digunakan suspek kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar pada 10 Jan lepas, adalah daripada petrol.

    Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pengesahan itu telah dibuat pihak bomba pada 18 Jan lepas, dan pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak.

    “Surat laporan rasmi akan dihantar kepada pihak polis dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Yusri berkata 11 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda.

    “Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran ini boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan polis,” katanya.

    Pada 12 Jan lepas, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an di Shah Alam, Selango, kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ngeh dan merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut.

    Dalam kejadian awal pagi 10 Jan, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts