Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tahan 2 lelaki bersama pil yaba lebih RM12,000

    Polis tahan 2 lelaki bersama pil yaba lebih RM12,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba dianggarkan bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Kampung Taman Wira, Kampung Kedap, Rantau Panjang.

    Ketua Polis Daerah Pasir Mas Kama Azural Mohamed dalam kenyataan berkata lelaki terbabit ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Rantau Panjang kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

    Katanya ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

    “Polis turut menyita sebuah kereta dan sebuah motosikal dianggarkan bernilai RM25,000.

    “Nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita ialah RM37,345,” katanya.

    Kama Azural berkata suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

    “Polis menyeru orang ramai terus menyalurkan sebarang informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembanterasan dapat dipertingkatkan bagi memastikan Kelantan khususnya Pasir Mas bebas daripada jenayah ini,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts