Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tahan 29 individu, sindiket penipuan pelaburan dalam talian lumpuh

    Polis tahan 29 individu, sindiket penipuan pelaburan dalam talian lumpuh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang beroperasi di sebuah pejabat mewah dengan kadar sewa bulanan RM17,400 lumpuh apabila polis menahan 29 individu dalam serbuan di Jalan Pudu, Bukit Bintang di Kuala Lumpur semalam.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua yang berusia antara 23 hingga 53 tahun termasuk enam rakyat asing itu ditahan pada 3.40 petang.

    Dia berkata polis turut merampas sejumlah telefon bimbit, komputer riba serta beberapa peralatan elektronik lain.

    “Siasatan mendapati sindiket ini menyasarkan mangsa di luar negara dan menjalankan operasi di pejabat terbabit kira-kira dua bulan.

    “Siasatan mendapati semua individu itu mempunyai perananan antaranya sebagai pegawai khidmat pelanggan yang menawarkan pelaburan forex, komoditi, saham, indeks dan mata wang kripto tidak wujud melalui medium live chatting (komunikasi secara langsung),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Noor Dellhan siasatan mendapati bayaran gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM2,000 hingga RM10,000 sebulan tidak termasuk komisen berdasarkan perananan yang diberikan.

    Katanya dua daripada mereka yang berperananan sebagai pengurus didapati mempunyai rekod jenayah manakala kesemua yang ditahan direman hingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 120(B)/420 Kanun Keseksaan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts