Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tahan 3 beradik disyaki cederakan ibu

    Polis tahan 3 beradik disyaki cederakan ibu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Tiga beradik lelaki ditahan semalam selepas disyaki mencederakan ibu kandungnya seperti dalam video yang tular di laman sosial beberapa hari lepas. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 17 hingga 29 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di Seremban pada 6.30 petang. “Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing adalah negatif. Ketiga-tiganya direman empat hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dia berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan. Menurutnya polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan dengan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan sebelum merujuk kepada pihak pendakwaan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut. Terdahulu, tular video “Derhaka Ibu” yang dimuat naik seorang pemilik akaun di Facebook berkaitan seorang lelaki yang melakukan kekerasan terhadap ibunya. -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts