Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tahan 7 anggota sindiket Ah Long disyaki ugut peminjam

    Polis tahan 7 anggota sindiket Ah Long disyaki ugut peminjam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau ‘Ah Long’ menerusi beberapa serbuan di sekitar daerah ini bermula 28 Mac hingga semalam.

    Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kesemua mereka berusia antara 29 hingga 46 tahun itu dipercayai menerima upah daripada sindiket untuk membuat ugutan jenayah terhadap mangsa yang gagal membuat bayaran pinjaman.

    “Mereka dipercayai bergiat aktif sejak Januari lalu dengan mendapat upah RM600 untuk menyimbah cat dan RM1,000 untuk melakukan khianat dengan menggunakan molotov cocktail ke rumah mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru hari ini.

    Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati ketujuh-tujuh warga tempatan itu positif dadah jenis methamphetamine.

    Kumar berkata hasil siasatan mendapati sindiket pinjaman wang terbabit menyasarkan warga Malaysia yang bekerja di Singapura dan urusan transaksi kemasukan serta pembayaran balik pinjaman menggunakan akaun bank yang didaftarkan di luar negara.

    Beliau berkata modus operanandi sindiket tersebut adalah dengan membuat iklan tawaran pinjaman wang dalam Facebook dengan kapsyen ‘Singapore legal money lenders’ untuk memperdaya peminjam.

    Menurutnya wang akan dimasukkan ke dalam akaun setelah peminjam memberikan butiran seperti nombor akaun, permit kerja serta alamat tempat tinggal walaupun perjanjian pinjaman belum dipersetujui.

    “Sindiket akan memaksa peminjam membuat pembayaran dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi antara 20 hingga 50 peratus daripada jumlah pinjaman yang diberikan,” katanya.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 435, Seksyen 436, Seksyen 247 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts