Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tahan enam warga asing disyaki terlibat kegiatan pelacuran

    Polis tahan enam warga asing disyaki terlibat kegiatan pelacuran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah menahan enam warga asing termasuk tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran melalui serbuan di sebuah premis di Jalan Pudu di Kuala Lumpur petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya mengatakan bahawa kesemua individu yang ditahan berumur antara 27 hingga 39 tahun dengan seorang lelaki yang ditangkap bertindak sebagai ejen kepada tiga wanita terbabit.

    “Dalam serbuan pada jam 3 petang itu, polis turut merampas beberapa barangan antaranya gel pelincir, buku catatan, 12 keping kondom, tiga keping kad akses dan wang tunai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau berkata siasatan awal polis mendapati, ketiga-tiga wanita berkenaan mula menyewa bilik di premis terbabit sejak minggu lepas dengan kadar RM40 sehari untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

    Noor Dellhan berkata kesemua terbabit ditahan reman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dokumen tamat tempoh.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts