Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tahan guru dipercayai cabul pelajar, bapa dipercayai peras ugut suspek

    Polis tahan guru dipercayai cabul pelajar, bapa dipercayai peras ugut suspek

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis menahan seorang guru yang didakwa mencabul seorang pelajar tingkatan 2, serta bapa kepada pelajar itu yang dipercayai memeras suspek bagi menyelesaikan kes berkenaan awal minggu ini.

    Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata Isnin lepas polis menahan suspek berumur 59 tahun selepas menerima laporan daripada pelajar perempuan berusia 14 tahun itu yang menyatakan dia dicabul seorang guru lelaki dari sebuah sekolah menengah kebangsaan sekitar sini.

    Beliau berkata siasatan awal polis mendapati pelajar itu dicabul oleh suspek sebanyak lima kali antara Disember dan bulan lepas, dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    Katanya pada hari Selasa pula polis menerima laporan daripada guru berkenaan berhubung pemerasan yang didakwa dilakukan oleh bapa pelajar itu yang berusia 50 tahun, untuk menyelesaikan kes itu.

    Beliau berkata siasatan awal polis mendapati bapa pelajar itu mengesyaki guru berkenaan melakukan gangguan seksual ke atas anaknya, dan telah berjumpa suspek untuk menyelesaikan kes dengan meminta sejumlah wang.

    Bercakap kepada media ketika ditemui selepas selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Ipoh Bil 2/2024 di Dataran Pengkalan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Ipoh hari ini Ruslin berkata, bapa pelajar itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

    Terdahulu, Yahaya menyampaikan surat penghargaan kepada 56 anggota dan empat orang petugas media pada majlis itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts