Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesPolis tahan lelaki disyaki rosakkan peralatan tokong

    Polis tahan lelaki disyaki rosakkan peralatan tokong

    -

    Shopee CNY Sale

    Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki merakam video yang menunjukkan peralatan tokong dirosakkan di Manjung, Perak.

    Ketua Polis Daerah Manjung Mohamed Nordin Abdullah berkata pemandu lori berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam semalam.

    Mohamed Nordin berkata pihaknya menerima laporan berkenaan rakaman video memaparkan seorang lelaki tidak dikenali tidak dikenali berbuat demikian di sebuah tokong di Manjung.

    “Pada jam lebih kurang 9.30 malam, polis telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 35 tahun serta merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk merakam video tersebut.

    “Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut,” kata Mohamed Nordin dalam kenyataan hari ini.

    Pada Jumaat lalu, video memaparkan seorang lelaki menendang patung di sebuah tokong dikongsikan di X.

    Kes itu disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan mana-mana agama, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung kesalahan penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

    Sabit kesalahan membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,180FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts