Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tahan pegawai dan anggota polis bantu siasatan kes curi

    Polis tahan pegawai dan anggota polis bantu siasatan kes curi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah menahan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian pelbagai barangan di rumah seorang lelaki di Air Itam, di George Town yang melibatkan kerugian lebih RM10,000 baru-baru ini.

    Semua mereka yang ditahan berusia antara 31 hingga 55 tahun itu telah ditahan pada Jumaat lepas selepas pihak polis menerima laporan daripada lelaki tersebut yang juga seorang tukang paip berumur 40 tahun.

    Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin ketika dihubungi oleh Bernama mengesahkan penahanan semua pegawai dan anggota polis itu pada 10 November lepas dan mereka direman selama sehari sehingga semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

    “Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu.

    “Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts