Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesPolis tahan pemandu berbahaya himpit motosikal

    Polis tahan pemandu berbahaya himpit motosikal

    -

    Shopee CNY Sale

    Polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki memandu secara melulu yang menyebabkan empat sekeluarga yang menaiki motosikal terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Sungai Besi, Kuala Lumpur tengah hari semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 21 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger dari arah Sungai Besi ke Balakong menukar lorong secara tiba-tiba dan menghimpit motosikal mangsa.

    Motosikal itu turut dinaiki oleh empat orang, dua kanak-kanak perempuan dan dua dewasa.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata akibat kejadian itu, kesemua empat mangsa yang berusia lima hingga 34 tahun cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

    “Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak dan pemandu Ford Ranger itu ditahan sebelum dituduh di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur esok (hari ini),” katanya dalam kenyataan semalam.

    Sarifudin berkata kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu atau membahayakan.

    Menurutnya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis Kuala Lumpur di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan.

    Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video kamera papan pemuka memaparkan motosikal dinaiki dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts