Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tahan reman rakan suspek mati ditembak di Machang

    Polis tahan reman rakan suspek mati ditembak di Machang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seorang penjawat awam yang juga rakan suspek disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri lembu, yang maut ditembak selepas menyerang anggota polis di Kampung Joh, Labok, Machang pada Isnin lepas, ditahan reman selama tujuh hari.

    Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berumur 43 tahun itu yang ditahan pada hari kejadian, direman bermula semalam hingga 2 Okt ini untuk siasatan lanjut.

    “Kedua-dua suspek (termasuk suspek yang mati ditembak) positif dadah jenis methamphetamine … ketika kejadian, kedua-dua suspek didapati berada dalam keadaan khayal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Machang hari ini.

    Muhamad Zaki berkata suspek yang maut mempunyai 11 rekod jenayah dan tiga kes dikehendaki iaitu di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana pecah rumah dan Seksyen 427 KK atas kesalahan khianat, serta Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

    “Dalam siasatan tempoh hari, kita merampas sebilah parang dan ubat pelali yang sebahagiannya masih belum digunakan, bermakna banyak tempat yang akan mereka pergi (untuk mencuri lembu).

    “Kami juga mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Klang, Selangor berkemungkinan suspek ini turut terlibat dengan kes samun di Klang berdasarkan penemuan kad pengenalan seorang mangsa samun di sana,” katanya.

    Pada Isnin lepas, seorang lelaki berumur 33 tahun maut ditembak selepas menyerang anggota polis dengan senjata tajam.

    Sebelum itu, polis mengejar kenderaan suspek yang didapati mencurigakan sebelum kenderaan itu terbabas lalu suspek keluar menyerang anggota polis.

    Siasatan lanjut mendapati sebelum kejadian, suspek disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri lembu di kawasan kampung itu ekoran terdapat seekor lembu yang baru disembelih di lokasi berkenaan.

    ALSO READ:  Lebih 8,000 permasalahan ibadah dikemukakan jemaah haji menerusi e-Taib

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts