Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tembak 9 das, suspek jenayah langgar anggota URB

    Polis tembak 9 das, suspek jenayah langgar anggota URB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Polis terpaksa melepaskan sembilan das tembakan ke arah sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki selepas mereka enggan memberhentikan kenderaan apabila diarah berbuat demikian oleh anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) di Jalan Kepong di Kuala Lumpur pagi tadi.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dalam kejadian pada kira-kira 7.45 pagi itu, anggota URB telah mengesan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama rakannya dalam keadaan mencurigakan di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur, sebelum diarah berhenti.

    “Namun, suspek bertindak memecut kereta itu sehingga melanggar kenderaan awam… malah suspek juga mengundurkan kereta yang dipandu, serta melanggar anggota URB, menyebabkan anggota polis terlibat cedera di kaki dan motosikalnya mengalami kerosakan.

    “Bagi mempertahankan keselamatan, dua anggota terlibat terpaksa melepaskan sembilan das tembakan ke arah tayar kereta suspek, menyebabkan kenderaan itu terbabas di Jalan Rimbunan, Jalan Kepong,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri, dan hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu, polis menemukan besi buruk yang dipercayai dicuri.

    Mohd Shuhaily berkata semakan nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia milik seorang wanita, dan siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti hubungannya dengan kedua-dua suspek.

    Beliau berkata susulan kejadian itu, polis kini giat mengesan O. Ganesan, 40, bagi membantu siasatan.

    Katanya, Ganesan didapati memiliki tiga rekod jenayah dan lapan rekod kes dadah.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 353 Kanun Sama kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam yang menjalankan kewajipan sah di sisi undang-undang,” katanya.

    ALSO READ:  ‘Kambing dan pasir silika’ - Adun Sabah buat laporan polis terhadap Hajiji

    Terdahulu, video berdurasi 13 saat tular di laman sosial yang memaparkan anggota URB mengejar dan melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta sehingga menyebabkan kenderaan lain berhenti di tepi jalan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts