Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis terima 94 laporan guna Mykad orang lain untuk mengundi

    Polis terima 94 laporan guna Mykad orang lain untuk mengundi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Polis menerima sejumlah 94 laporan berhubung kesalahan menggunakan nama dan kad pengenalan (MyKad) orang lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam Negeri semalam.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain, berkata Selangor merekodkan jumlah laporan tertinggi membabitkan kesalahan tersebut iaitu 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20),Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua) dan sembilan kes masing-masing di Kedah dan Terengganu.

    Katanya, kesalahan tersebut membabitkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.

    “Sebanyak 111 kertas siasatan dibuka daripada 181 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan pada hari pengundian semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata sebanyak 240 kertas siasatan dibuka membabitkan 1,951 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen PRN di enam Negeri sehingga semalam.

    Razaruddin berkata 78 kertas siasatan dibuka di Selangor diikuti masing-masing 42 di Pulau Pinang dan Kedah, Terengganu (34), Negeri Sembilan (25) dan Kelantan (19).

    “Setakat semalam, kita telah menahan 15 individu iaitu sembilan orang di Kedah dan masing-masing dua di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya.

    Beliau berkata PDRM meluluskan 4,506 permit dalam tempoh berkempen yang bermula pada 29 Julai lalu dengan Kedah mencatatkan angka tertinggi iaitu 976 permit diikuti Selangor (933), Kelantan (882), Terengganu (768), Negeri Sembilan (495) dan Pulau Pinang (452).

    Kesalahan lain yang dilaporkan adalah khianat bendera, mempamer logo politik, menghalang penjawat awam dan perhimpunan menyalahi undang-undang, katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts