Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis terima laporan dakwaan salah guna RM700 juta dua k'jaan terdahulu

    Polis terima laporan dakwaan salah guna RM700 juta dua k’jaan terdahulu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis menerima laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana sebanyak RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk aktiviti iklan dan publisiti bagi menyebarkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

    Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah telah mengesahkan menerima laporan tersebut hari ini.

    “Kita akan membuat siasatan termasuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah Komunikasi Umno Datuk Lokman Noor Adam menyatakan pegawainya telah membuat laporan berhubung perkara tersebut di Balai Polis Setapak kira-kira dua petang tadi.

    “Perbelanjaan tersebut besar…kita (rakyat) mahu tahu ke mana perginya perbelanjaan RM700 juta, ada sumber mendakwa bahawa ada penyalahgunaan kuasa melibatkan bekas petugas perdana Menteri sebelum ini.

    “Kami mahu polis menyiasat perkara ini dan diikuti siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,“ katanya ketika dihubungi Bernama.

    Media sebelum ini melaporkan kerajaan persekutuan telah menghabiskan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menyebarkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

    Perbelanjaan oleh dua pentadbiran terdahulu adalah bagi mempromosikan pencapaian dan usaha kerajaan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts