Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Polis terima permohonan notis merah menantu Muhyiddin’

    ‘Polis terima permohonan notis merah menantu Muhyiddin’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyenaraikan nama menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam notis merah Interpol berkaitan siasatan dakwaan rasuah.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata permohonan untuk menyenaraikan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, dalam notis merah berkenaan diterima secara lisan daripada SPRM.

    Bercakap kepada sidang media pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman hari ini, beliau berkata PDRM dan SPRM akan bekerjasama dalam kes berkenaan.

    “Sekiranya ada maklumat tambahan (notis merah interpol) saya akan memaklumkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

    Pada 9 Ogos lepas SPRM memohon kepada PDRM untuk memasukkan nama dua individu, termasuk menantu Muhyiddin, ke dalam senarai notis merah jika gagal tampil untuk membantu siasatan.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilapor berkata Muhammad Adlan dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki SPRM bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah dan penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts