Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tidak terima notis himpunan di Istana Negara esok

    Polis tidak terima notis himpunan di Istana Negara esok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis tidak menerima sebarang permohonan permit berhubung penganjuran Himpunan Rakyat dan penyerahan memorandum oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pembela Tanah Air (PETA), pada pukul 11 pagi esok di Istana Negara.

    Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata polis juga tidak menerima sebarang notis daripada pihak penganjur.

    “Setakat ini, pihak polis masih tidak menerima sebarang notis permohonan daripada penganjur.

    “Justeru itu, semua pihak diminta menghormati undang-undang dan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan isu ini dan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau kegiatan mencurigakan, boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Terdahulu, tular di media sosial melalui hantaran oleh Che Gubard (Badrul Hisham Shaharin) yang mengajak orang ramai agar menyertai Himpunan Rakyat #daulattuanku dan penyerahan memorandum yang dijadual diadakan di Istana Negara, esok.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts