Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tolak permohonan demo anti-Zahid esok

    Polis tolak permohonan demo anti-Zahid esok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan penganjur perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini, kerana maklumat yang dikemukakan tidak lengkap.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata antara butiran yang tidak dinyatakan secara terperinci oleh penganjur, ialah lokasi dan nama penganjur perhimpunan ketika membuat permohonan.

    “Kami tidak boleh kata terima notis pemakluman sebab maklumat diberikan tidak lengkap, maka polis tidak boleh terima.

    “Sebelum ini, dikatakan perhimpunan akan dibuat di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu negara, namun maklumat terkini diterima polis menyatakan ia akan dibuat di salah sebuah masjid di Kampung Baru,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, malam tadi.

    “Ia tidak membantu kami, sebab tiada ketetapan daripada penganjur. Ini akan sukarkan ramai pihak termasuk pengguna jalan raya, saya amat berharap penganjur bertanggungjawab bantu kami untuk selaraskan penugasan pada Sabtu ini,” katanya.

    Mohd Shuhaily berkata ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan PDRM, sekali gus akan membuat persediaan sewajarnya jika perhimpunan itu dibuat.

    “Polis tidak mahu bertindak berlebihan dan kami akan membuat persediaan. Saya percaya mereka individu berpengalaman dalam menganjurkan perhimpunan seperti ini dan faham mengenai implikasi undang-undang,” katanya.

    Terdahulu, media melaporkan polis sudah menerima enam laporan berhubung penganjuran perhimpunan itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts