Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolis tubuh pasukan khas, ambil semula keterangan ibu bapa Zayn Rayyan 

    Polis tubuh pasukan khas, ambil semula keterangan ibu bapa Zayn Rayyan 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis akan merakam semula kenyataan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, anak autis yang mati dibunuh di Damansara Damai, Petaling Jaya. Tindakan itu diambil setelah laporan bezah siasat mendapati kanak-kanak enam tahun itu mati dibunuh, berdasarkan kecederaan pada leher dan badan, lapor New Straits Times. Ketua Polis Selangor Omar Khan berkata, “Ya, kita akan rakam semula kenyataan ibu bapa. Sebagai tambahan, kita juga membentuk pasukan khas yang fokusnya membantu siasatan kes ini,” dia dipetik sebagai berkata. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata pasukan penyiasat akan melawat kembali tempat mayat Zayn Rayyan ditemui. Katanya, polis akan mencari bukti dan petunjuk baru. Mayat mangsa ditemukan di aliran anak sungai di Damansara Damai, kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman. Dia juga berkata polis akan memanggil saksi-saksi termasuk ibu bapa, jiran dan orang awam bagi membantu siasatan. “Polis sedang giat menjalankan usaha untuk mengenal pasti suspek memandangkan may

    at sudah dijumpai,” katanya kepada pemberita di tanah perkuburan Islam di Kota Damansara hari ini.

    Sementara itu, penduduk setempat dilaporkan tidak menyangkaan tragedi itu boleh berlaku. Tambahan lagi, kata Anggota Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1, Zamri Saidin, penduduk di situ amat mengenali antara satu sama lain. “Rata-rata penduduk di sini mempunyai keakraban dengan jiran tetangga, jadi bila kisah kehilangan Zyan mula tersebar ramai yang ingin membantu untuk mencarinya. Saya sendiri terlibat dalam operasi pencarian dan terkejut bila polis sahkan Zyan meninggal dunia akibat dibunuh,” dia dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian pada Khamis. Bagi Bilal

    Masjid Al-Muhtadin, Mohd Hanafiah Abdul Majid pula mengakui tergamam apabila mendapat arwah mati dibunuh. “Saya ingat arwah mati lemas, tapi bila disahkan ia merupakan kes bunuh saya jadi tergamam kerana tak sangka ada manusia yang tergamak melakukan perkara keji seperti itu. Saya harap orang yang bertanggungjawab dapat diberkas segera kerana jika suspek masih bebas akan menyebabkan penduduk takut kejadian yang sama berulang selepas ini,” katanya. Sementara itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartment Idaman juga diminta menerangi dan memagar kawasan agar keselamatan penduduk lebih terjamin. Allahyarham dikebumikan malam semalam disaksikan oleh ibu bapa, keluarga terdekat dan kenalan rapatnya. Menantu kepada pengasuh Zayn Rayyan, Zaiton
    Abd Aziz, 54, antara yang tidak dapat menahan sebak apabila melihat jenazah dikebumikan. “Ketika ibunya ambil Zayn Rayyan dari sekolah, mereka selalunya akan singgah bermain buaian selama 10 minit berdekatan rumahnya. “Pada hari kejadian, dia macam nak main lebih lama tapi pada masa yang sama, maknya mengejar masa sebab nak kembali ke pejabat,” dia dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts