Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPolitiking berterusan hanya akan rugikan rakyat, negara - Hajiji

    Politiking berterusan hanya akan rugikan rakyat, negara – Hajiji

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang terus-terusan bermain politik demi kepentingan mereka, atau politiking, hanya akan merugikan rakyat dan negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

    Hajiji berkata beliau tidak mahu Kerajaan Negeri Sabah diheret dalam permainan tidak bertanggungjawab itu sebaliknya hanya mahu terus fokus untuk merealisasikan dan memenuhi aspirasi rakyat yang mendambakan kemajuan, pembangunan serta kesejahteraan hidup.

    Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah itu berkata Kerajaan Perpaduan yang ada ketika ini juga berfungsi dengan cukup baik dan berkesan justeru itu, ia perlu terus didukung sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat serta kesinambungan pembangunan ekonomi negara.

    “Sekarang ini adalah masanya untuk bekerja, berkhidmat dan berbakti bagi memenuhi aspirasi rakyat. 

    “Kerajaan Negeri juga akan sentiasa bersama-sama pimpinan Kerajaan Persekutuan dalam memperjuang serta membela nasib rakyat demi kemajuan dan kesejahteraan negara ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena lawatan rasmi kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor ke Sabah yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, malam tadi.

    Hajiji berkata Sabah tetap komited untuk terus menyokong kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang cubaan untuk mengganggu-gugat pentadbiran negara ketika ini.

    “Pendirian ini kita tegaskan lagi setelah mendengar desas-desus wujudnya Langkah Dubai, konon untuk menukar Kerajaan Persekutuan. Kita terus bekerja untuk kemajuan Negeri dan kesejahteraan rakyat sehingga penggal kerajaan (Negeri Sabah) sekarang berakhir pada September 2025,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts