Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPrabakaran ganti Ramanan ketuai Jawatankuasa Khas Mitra

    Prabakaran ganti Ramanan ketuai Jawatankuasa Khas Mitra

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, sebagai pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi India Malaysia (Mitra).

    Dalam kenyataan hari ini, pejabat perdana Menteri berkata pelantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan, yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

    “Perdana Menteri berharap pelantikan ini dapat memastikan Mitra terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna mengangkat darjat dan sosio-ekonomi masyarakat India,” katanya.

    Ramanan dilantik mengetuai jawatankuasa khas tersebut pada April 2023.

    Empat lagi yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa badan itu ialah Senator Sivarraajh Chandra, Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau (DAP), Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran (PKR) dan Ketua Pengarah Mitra, K Raveendran Nair.

    Mitra – yang dilancarkan pada 2013 oleh Najib Razak – pada mulanya dikenali sebagai Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat India (Sedic).

    Ia ditubuhkan untuk membantu kaum India yang miskin meningkatkan kapasiti pendapatan mereka.

    Sedic dibubarkan apabila kerajaan BN tumbang PRU ke-14 untuk digantikan dengan Mitra oleh pentadbiran PH.

    Apabila PH ditumbangkan Mitra diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

    Ia diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri sejurus selepas kerajaan perpaduan dibentuk pada 2022 namun dipindahkan semula ke Kementerian Perpaduan Negara pada Dis tahun lalu.

    Isu dana Mitra menjadi tumpuan pada 2021 berikutan penahanan beberapa pengarah syarikat yang disyaki menggelapkan dana diperuntukkan oleh agensi itu.

    Sebanyak 337 syarikat, organisasi dan NGO dikenal pasti menerima geran diaggarkan berjumlah RM203 juta daripada Mitra antara 2019 dan 2021.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts