Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPrabowo dakwa sudah menang, ingatkan penyokong jangan sombong

    Prabowo dakwa sudah menang, ingatkan penyokong jangan sombong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, mendakwa bahawa beliau telah memenangi pilihan raya presiden republik tersebut.

    Berdasarkan anggaran pantas yang tidak rasmi daripada empat pihak, bekas komander pasukan khas berusia 72 tahun itu mendapat sokongan 58 peratus pengundi.

    “Walaupun kita bersyukur, kita jangan sombong, kita jangan terlalu gembira, kita harus tetap merendah diri.

    “Kemenangan ini harus menjadi kemenangan seluruh warga Indonesia,” katanya seperti dilaporkan oleh CNN.

    Beliau juga berikrar akan mempertahankan dan melindungi rakyat Indonesia tanpa mengira suku, etnik, agama dan latar belakang bersama timbalannya, Gibran Rakabuming Raka.

    Gibran, yang berusia 36 tahun, adalah anak sulung kepada presiden sekarang, Joko Widodo atau Jokowi, yang juga merupakan bekas musuh politik beliau dalam pilihan raya presiden sebelum ini.

    Ketika berkhidmat dalam tentera, Prabowo terpalit dengan kontroversi dakwaan terlibat dalam penculikan dan penderaan terhadap musuh politik presiden Indonesia ketika itu, Soeharto.

    Beliau juga menghadapi tuduhan melanggar hak asasi manusia di Timor Timur (kini Timor Leste) yang diduduki oleh Indonesia sehingga tahun 2002.

    Manakala calon lain, Anies Baswedan dan Ganjar, berada jauh di belakang dengan sokongan masing-masing 25 dan 17 peratus.

    Keputusan rasmi dijangka diperoleh sebelum 20 Mac.

    Prabowo dan Gibran berikrar untuk meneruskan dasar-dasar Jokowi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts