Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Premier Sarawak setaraf dengan TPM dalam protokol persekutuan'

    ‘Premier Sarawak setaraf dengan TPM dalam protokol persekutuan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Timbalan Premier Sarawak Dr Sim Kui Hian memberi peringatan semalam bahawa kedudukan premier Sarawak kini sama taraf dengan timbalan perdana Menteri dalam protokol persekutuan.

    Dalam hantaran di Facebook hari ini, Sim berkata perubahan protokol itu diarahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi kabinet dan pekeliling yang dikeluarkan oleh ketua setiahusaha negara kepada semua penjawat awam.

    “Kedudukan (Premier Sarawak) tidak lagi selepas atau di belakang mana-mana Menteri persekutuan dalam sebarang program rasmi persekutuan,” katanya.

    Sim berkata perubahan itu mencerminkan status Sarawak selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan pada Februari 2022, yang turut mengubah jawatan ketua pentadbiran daripada “ketua Menteri” kepada “premier”.

    Dalam hantaran tersebut, Sim turut mengongsikan beberapa gambar majlis rumah terbuka Sarawak pada Ahad lalu.

    Adun Batu Kawah itu membangkitkan dewan tempat acara itu diadakan bernama “Dewan Undangan Sarawak” dan bukannya “Dewan Undangan Negeri Sarawak”.

    “Inilah masanya untuk semua penduduk Sarawak menyokong perubahan kecil namun signifikan ini,” katanya sambli menambah bekas perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengiktiraf status Sarawak sebagai wilayah.

    “Marilah kita menjadi konsisten dan bermula dengan kita (penduduk Sarawak) tidak memanggil Sarawak sebagai ‘Negeri’.

    “Jadi (istilah yang tepat) adalah kerajaan Sarawak, bukannya kerajaan Negeri Sarawak,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts