Sebuah masjid baharu di Kuching akan menggunakan bahasa Inggeris untuk khutbah solat Jumaat, kata Premier Sarawak, Abang Johari Openg.
âTidak lama lagi kita akan bina masjid baharu berhampiran (pusat membeli-belah) The Spring… Kita akan mohon Jabatan Agama Islam supaya khutbah ketika solat Jumaat dijalankan dalam bahasa Inggeris.
âIni akan membolehkan lebih ramai orang memahami khutbah terutama bukan Melayu yang beragama Islam dan tidak fasih berbahasa Melayu tetapi lebih mahir berbahasa Inggeris,â katanya menurut Borneo Post.
Masjid baharu itu bakal dibina di Jalan Simpang Tiga dan akan melibatkan pembangunan semula masjid sedia ada.
Abang Johari mendedahkan perkara itu semasa penutupan pertandingan Marhaban peringkat Negeri anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak di Kuching.
Dia berkata bilangan umat Islam di Sarawak semakin meningkat, berdasarkan penemuan bancian terkini. Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu termasuk mereka yang memeluk Islam untuk berkahwin atau secara sukarela selepas belajar agama tersebut.
âSebelum ini kira-kira 27 peratus hingga 28 peratus, kini 34 peratus bermakna jumlahnya meningkat.
âPusat Penerangan Islam di Jalan Ong Tiang Swee telah memainkan perananan penting kerana mereka yang ingin mendalami ilmu agama boleh melakukannya di sana,â tambahnya.