Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPremis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi

    Premis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan membawa cadangan supaya premis kerajaan seperti hospital, pusat latihan polis, kem tentera dan asrama sekolah, untuk menggunakan beras import bersubsidi bagi membolehkan lebih banyak beras tempatan berada di dalam pasaran. Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan pada Isnin depan. Beliau berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan premis berkenaan terhadap beras tempatan buat masa ini, adalah tinggi.

    “Kita gunakan beras lokal ini untuk orang awam, maka (premis) kerajaan beli beras import dengan harga (bersubsidi) yang tidak tinggi, mungkin dalam RM32 hingga RM35 sekampit,” katanya selepas menghadiri program Sembang Santai Perpaduan di Simpang Pelangai di Bentong malam ini.

    Sementara itu, Mohamad berkata India dijangka akan memberi jawapan, sama ada negara itu akan membenarkan beras putih terus dieksport ke Malaysia, pada minggu depan. Terdahulu, Mohamad berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari India, bagi menyatakan hasrat Malaysia agar negara itu terus mengeksport beras putih ke negara ini.

    Mengenai dakwaan kekurangan bekalan beras tempatan berpunca daripada tindakan pembekal menyorokkan stok, beliau menafikan perkara berkenaan dan menjamin tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di seluruh negara. Beliau meminta orang ramai untuk tidak mengambil tindakan melulu dan menyerbu mana-mana premis yang disyaki menyorok bekalan beras tempatan.

    “Jangan kita ambil undang-undang ditangan kita sendiri. Kalau ada kita dengar (berlaku penyorokkan bekalan) kita lapor, insya-Allah pegawai-pegawai penguat kuasa akan bertindak. Lapor kepada kementerian yang berkaitan atau buat laporan kepada pihak polis,” katanya.

    ALSO READ:  G20 admits African Union as permanent member at New Delhi summit

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts