Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPresiden Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia

    Presiden Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal meninggal dunia pada 11.46 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

    Pemergian Mutang pada usia 69 tahun itu disahkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara hari ini.

    Menurut kenyataan itu, maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan mendiang akan dimaklumkan kemudian.

    “Keluarga mendiang Mutang mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman takziah serta doa yang diberikan dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka dalam menghadapi masa yang sukar ini,” menurut kenyataan itu. 

    Mutang meninggalkan isteri Datin Ho May Leng dan tiga anak.  

    Sebelum ini, Mutang menerima rawatan di IJN setibanya dari Azerbaijan pada 6 Mei lepas.

    Beliau yang melakukan lawatan kerja di negara itu bermula 29 April lepas, pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.

    Mendiang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.

    Pada 19 Feb lepas, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan, susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

    Pelantikan Mutang mencipta sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas, Sarawak menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara. 

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts