Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPresiden Xi bertemu CEO, ahli akademik AS

    Presiden Xi bertemu CEO, ahli akademik AS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan delegasi wakil dalam kalangan ahli perniagaan, strategik dan akademik Amerika Syarikat (AS) di Beijing pada Rabu.

    Xi berkata hubungan China-AS antara hubungan dua hala yang paling penting di dunia.

    “Sama ada menjalinkan kerjasama atau wujudnya konfrontasi ia berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan nasib seluruh umat manusia. Kejayaan masing-masing juga merupakan peluang antara satu sama lain.

    “Asalkan China dan AS memandang satu sama lain sebagai rakan, saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama saling untung maka hubungan China-AS pasti akan lebih baik,” kata Xi.

    Bersempena ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik China-AS pada tahun ini, Xi berharap tokoh-tokoh dan semua pihak yang berkepentingan dapat mengadakan pertukaran lawatan dan pandangan, meningkatkan kepercayaan, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan demi memberikan lebih banyak kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada kestabilan dunia.

    “Pertumbuhan ekonomi China adalah sihat dan lestari. Negara ini menyumbang lebih 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun lepas.

    “China akan terus menggalakkan pembangunan bermutu tinggi dan modenisasi ala China. Ia diyakini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat China, sekali gus menyumbang kepada pembanguan mampan dunia,” kata Xi.

    Antara delegasi termasuklah Pengerusi National Committee on US-China Relations (NCUSCR) Evan Greenberg, pengasas dan CEO Blackstone Group Stephen Schwarzman, Presiden dan CEO Qualcomm Cristiano Amon, ahli akademik dari John F Kennedy School of Government Universiti Harvard Graham Allison dan Presiden Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-China Craig Allen.

    Beliau juga mengalu-alukan lebih banyak syarikat asing termasuk syarikat AS menyertai pembinaan bersama Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) dan meneroka pasaran di negara ini.

    ALSO READ:  Senjata mainan di sekolah: 'Bukan program minggu solidariti, tak ikut panduan'

    Presiden Xi berkata konsensus yang dicapai beliau dengan Presiden Biden semasa pertemuan di San Francisco pada tahun lepas memperlihatkan bahawa hubungan China-AS harus diperbaiki dan menjadi lebih mantap.

    “Dalam beberapa bulan lepas, kedua-dua pihak telah mengadakan komunikasi dan perbincangan lanjut mengenai konsensus itu dan mencapai hasil dalam politik, hubungan luar, ekonomi, perdagangan, penguatkuasaan, pencegahan dadah, perubahan iklim dan lain-lain,” kata Xi.

    Wakil-wakil dari AS menyatakan, China mencapai pertumbuhan dan transformasi yang cemerlang dalam beberapa dekad lalu, sekali gus menyaksikan daya tahan dan kekuatan kedinamikan.

    Mereka menyokong kedua-dua negara meningkatkan pertukaran lawatan dalam pelbagai peringkat, meningkatkan persefahaman, kepercayaan, kerjasama selain menggembleng tenaga untuk menangani cabaran global serta membina hubungan China-AS yang stabil, mantap dan berhasil.

    – Bernama-CMG


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts