Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Prestasi ekonomi negara suku pertama 2024 amat memberangsangkan'

    'Prestasi ekonomi negara suku pertama 2024 amat memberangsangkan'

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malaysia mencatatkan pencapaian ekonomi yang amat memberangsangkan bagi suku pertama 2024 pada kadar 4.2 peratus mengatasi anggaran kebanyakan pihak yang mengunjurkan pada 3.9 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Dia berkata prestasi itu direkodkan dalam suasana ekonomi global yang terus tidak menentu.

    “Dalam suasana ekonomi dunia yang terus dalam ketidaktentuan, hampir kesemua sektor telah melonjak dan memangkinkan pertumbuhan buat suku pertama tahun 2024.

    “Pencapaian makroekonomi ini harus kita raikan bersama,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan malam tadi.

    Anwar yang memetik prestasi ekonomi negara berkata pasaran buruh berkembang 2.1 peratus menjadikan jumlah tenaga kerja meningkat kepada 16.4 juta.

    “Kadar inflasi kekal rendah pada 1.7 peratus berbanding 1.6 peratus pada suku keempat 2023 dan bagi empat bulan pertama 2024, jumlah dagangan Malaysia berkembang 8.3 peratus kepada RM912.27 bilion,” katanya lagi.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pada masa sama kerajaan tidak menafikan bebanan sara hidup yang dihadapi rakyat dan perkara itu menjadi tumpuan utama Kerajaan.

    Dia berkata antara strategi yang dilaksanakan Kerajaan adalah perencanaan baru melibatkan pelbagai sektor dan aspek ekonomi.

    “Antaranya pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 selain ikhtiar Belanjawan Madani,” katanya.

    Mengenai usaha meningkatkan gaji rakyat, Anwar berkata pelan induk perindustrian menyasarkan pendapatan bulanan pekerja industri pembuatan meningkat kepada minimum RM4,500 menjelang 2030.

    Dia berkata Khazanah Nasional Bhd juga telah menggerakkan usaha melahirkan usahawan baru sektor berpertumbuhan tinggi dengan dana RM1 bilion.

    “Semua dasar ini bermatlamat menggapai cita-cita Ekonomi Madani iaitu menaikkan lantai dan siling atau mengangkat darjat hidup rakyat dan menstrukturkan semula ekonomi bagi melonjakkan Malaysia sebagai jaguh di rantau Asia,” kata Anwar.

    ALSO READ:  'Minat miliki rumah tinggi, namun permintaan pembelian kurang'

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts