Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK: Cadangan laluan khas untuk pengundi kerja di Singapura sedang diteliti

    PRK: Cadangan laluan khas untuk pengundi kerja di Singapura sedang diteliti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Cadangan untuk menyediakan laluan khas kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Simpang Jeram, yang menetap atau bekerja di Singapura sedang diteliti dan akan dimuktamadkan selepas menerima maklum balas pihak terlibat.

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan diberikan taklimat oleh jentera parti, mengenai maklum balas yang diterima daripada rakyat Johor yang bekerja di negara seberang tambak itu, sama ada mereka bersedia balik pada hari pengundian pada 9 Sept nanti atau sebaliknya.

    “Esok (hari ini) juga saya akan berada di Singapura pada sebelah petang, untuk berjumpa sendiri dan mendengar daripada mereka (pengundi),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah PRK Parlimen Pulai di Taman Anggerik, semalam.

    Jelas Saifuddin Nasution buat masa kini, kerajaan kekal dengan keputusan atau keadaan sedia ada, iaitu tiada laluan khas disediakan untuk PRK itu nanti.

    Sebelum ini, calon Pakatan Harapan (PH) PRK Parlimen Pulai Suhaizan Kayat, memohon Jabatan Imigresen membuka laluan khas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, pada 9 Sept nanti.

    Cadangan itu bagi memudahkan rakyat Johor yang bekerja atau menetap di Singapura, untuk pulang mengundi pada PRK berkenaan.

    PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

    SPR telah menetapkan hari pengundian bagi PRK kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts