Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK Jepak: Pusat pengundian ditutup, proses kira undi bermula

    PRK Jepak: Pusat pengundian ditutup, proses kira undi bermula

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang bermula pada 7.30 pagi, selesai selepas 11 daripada 14 pusat mengundi ditutup pada 5.30 petang.

    Terdahulu, tiga pusat pengundian bagi PRK itu ditutup pada 4 petang tadi.

    Semua peti undi dari 14 pusat mengundi melibatkan 45 saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Suarah Bintulu di Bintulu, sebelum keputusan rasmi diumum, yang dijangka pada 9 malam ini.

    Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi yang direkod setakat 4 petang ialah 46 peratus.

    PRK DUN Jepak menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

    DUN Jepak mempunyai 22,804 pengundi yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts