Artikel Berita: Para Pengundi Dinasihati Menolak Calon yang Memainkan Isu 3R dalam PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram
Para pengundi yang akan memilih wakil mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dinasihati menolak habis-habisan calon dari parti politik yang sering memainkan isu 3R (raja, agama dan kaum) dalam kempen mereka.
Ketua Wanita Amanah Kelantan Dr Hafidzah Mustaqim yang menitipkan nasihat itu berkata, ia termasuk menolak pemimpin parti yang suka memberi gelaran buruk kepada individu lain.
Misalnya, kata Adun PH yang membuat kejutan merampas kerusi Kota Lama daripada PAS pada Kelantan baru-baru ini, pihak pembangkang yang membuka tirai kempen mereka di Simpang Jeram dengan mengisi ceramah menggunakan kata-kata yang kurang baik, selain memberi gelaran buruk kepada individu tertentu.
“Bagi saya yang boleh lawan perkara ini adalah Malaysia Madai, tapi konsep itu masih belum dapat disampaikan sepenuhnya.
“Pengalaman saya di Kelantan, kita bukan lawan manifesto, kita lawan sentimen agama, perkauman dan isu raja-raja yang dimainkan,” katanya ketika ditemui Bernama selepas mengiringi calon PH PRK Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman ke pusat penamaan calon semalam.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi terbabit berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
PRK ini menyaksikan saingan tiga penjuru di kedua-dua kerusi berkenaan, antara PH, PN dan bebas.
– Bernama