Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK Kemaman: 12 pasukan Op Cantas ditempatkan di kawasan hotspot - Polis

    PRK Kemaman: 12 pasukan Op Cantas ditempatkan di kawasan hotspot – Polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur






    Artikel Berita

    Polis mengaktifkan 12 pasukan Op Cantas bagi memastikan perjalanan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman hari ini, berjalan lancar tanpa gangguan.

    Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata pasukan itu ditempatkan di beberapa kawasan titik panas yang telah dikenal pasti di sekitar Parlimen berkenaan.

    “Setakat ini tak ada (lagi) apa-apa maklumat (kekecohan) tentang kawasan panas tetapi kita tempatkan 12 pasukan Op Cantas di kawasan yang kita kenal pasti,” katanya selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Sultan Ismail di Chukai hari ini.

    Beliau berkata sebanyak 112 anggota trafik turut ditugaskan untuk melancarkan lalu lintas dan memudahkan semua pengundi sampai ke pusat mengundi dengan selamat dan cepat.

    PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

    Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

    Sementara itu, Raja Mohamed Affandi yang ditemui ketika meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh di sini, menyeru pengundi untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka sebelum hujan yang dijangka berlaku petang ini.

    “Tempat mengundi ini teratur dan saya ucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berjaya menguruskan tempat ini dengan baik. Proses pengundian juga berjalan dengan baik,” katanya.

    Ahmad Samsuri pula yang ditemui di SK Kerteh, di sini menjangkakan peratusan keluar mengundi lebih tinggi daripada 70 peratus yang disasarkan SPR.

    ALSO READ:  SSM: Syarikat perlu dedah pemilik sebenar mulai Julai ini

    “Alhamdulillah cuaca baik… walaupun ramalan sebelum ini (memaklumkan) kita mungkin menghadapi risiko hujan, kita harap cuaca begini bertahan hingga petang,” katanya.

    Menurut SPR, 18 peratus daripada 141,043 pengundi berdaftar telah keluar mengundi setakat 10 pagi.

    Bernama




    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts