Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK Kemaman: SPR keluarkan 744 kertas undi pos

    PRK Kemaman: SPR keluarkan 744 kertas undi pos

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 744 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

    Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus, dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon bertanding.

    Beliau berkata daripada jumlah itu 669 kertas undi pos dikeluarkan bagi petugas pilihan raya, pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media; 16 bagi warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara; 47 bagi agensi dan organisasi; serta 12 bagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

    “SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2), dan segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi,” katanya.

    Ikmalrudin turut mengingatkan pengundi agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.

    PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

    SPR menetapkan 28 Nov dan 2 Dis masing-masing bagi pengundian awal dan hari mengundi.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts