Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK KKB: Kita akan retakkan mereka biar jadi belah, kata Sanusi

    PRK KKB: Kita akan retakkan mereka biar jadi belah, kata Sanusi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya akan berusaha agar hubungan parti-parti dalam kerajaan yang menurutnya kini retak “menjadi belah”.

    Muhammad Sanusi berkata demikian ketika mengulas hasrat MCA dan MIC untuk memboikot PRK Kuala Kubu Bharu.

    Dia berkata apa yang berlaku itu jelas memberi kelebihan kepada PN dalam PRK itu.

    “Itu masalah rumah tangga mereka.

    “Kita akan retakkan lagi untuk menjadi belah. Mereka sudah retak, kita akan pecahkan lagi. Itu kerja politik,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

    Dia bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

    Semalam, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata MCA dan MIC lebih baik memberi sokongan kepada gabungan itu dalam PRK tersebut berbanding memboikotnya.

    Mengulas mengenai calon PN yang akan diumumkan pada 25 April ini, Muhammad Sanusi berkata dia akan menerima sebarang keputusan yang akan ditetapkan nanti.

    Dia berkata cadangannya agar PN meletakkan calon Melayu sebelum ini hanyalah pandangan peribadi.

    “Bila bawa ke mesyuarat dan diputuskan, kita akan ikut keputusan mesyuarat,” katanya.

    [Berita lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts