Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK KKB: Tak ada MCA tak mengapa, kata Fahmi

    PRK KKB: Tak ada MCA tak mengapa, kata Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai masalah dengan keengganan MCA untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bagi calon kerajaan Perpaduan.

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga ketua penerangan PKR berkata, hubungan PH dengan BN tiada masalah meskipun MCA enggan turun berkempen.

    “(Ketiadaan MCA) tidak mengganggu,” katanya kepada media.

    “Hubungan antara PH dan BN itu kukuh, BN pun dah maklum mereka akan bantu.

    “Jadi, yang penting di lapangan kita kekal fokus. Kita ada calon yang bagus,” katanya kepada media selepas Majlis Madani Muhibah Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Komunikasi di Putrajaya, hari ini.

    Pada 23 April lalu, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata, selepas seronok mengecam dan memaki hamun MCA, tidak sepatutnya DAP mengharapkan kempen mereka dibantu oleh parti berkenaan.

    Dia berkata, bahawa ahli partinya juga mempunyai maruah dan harga diri.

    DAP juga, katanya, tersilap apabila mengharapkan MCA dapat melupakan segala kata-kata cacian yang dilemparkan, dan menjangkakan mereka akan turun padang membantu memenangkan calon parti kerajaan pada 11 Mei nanti.

    Susulan itu, MCA kekal dengan pendirian untuk tidak membantu DAP sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Bharu.

    Sementara itu, Fahmi berkata PH ingin memberi tumpuan kepada calon yang dipertaruhkan bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

    Katanya, calon DAP itu mempunyai pengalaman hebat untuk berkhidmat kepada rakyat berdasarkan pengalamannya.

    “Pengalaman beliau sudah pasti dapat membantu dalam usaha membqngunkan kawasan ini (Kuala Kubu Bharu)

    “Ini jadi fokus seluruh jentera dan kita akan bersatu padu,” katanya lagi.

    Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menamakan pembantu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Pang Sock Tao sebagai calon DAP – mewakili kerajaan perpaduan di Kuala Kubu Bharu.

    ALSO READ:  Lelaki lakukan serangan seksual pada anak dipenjara 13 tahun

    Pang, 31 berasal dari Ampang, Selangor dan sebelum ini pernah bertugas sebagai penerbit Ubah TV, saluran video milik DAP.

    PRK Kuala Kubu Bharu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts