Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK Kuala Kubu Baru: Calon PH masih dalam perbincangan, kata Gobind

    PRK Kuala Kubu Baru: Calon PH masih dalam perbincangan, kata Gobind

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Calon PH untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baru masih dalam perbincangan, kata Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.

    Gobind yang juga pengerusi DAP Selangor berkata pihaknya menerima banyak cadangan nama sebagai calon PH dalam PRK itu dan senarai nama berkenaan sedang dipertimbangkan.

    “Perbincangan bersama PH Selangor telah diadakan dan soal berkenaan dengan calon itu akan diputuskan, kemudian akan dibawa ke peringkat pusat dengan jawatankuasa yang dianggotai lima pemimpin akan membuat keputusan.

    “Kami berharap dapat memuktamadkan keputusan untuk meletakkan calon dalam PRK Kuala Kubu Baru dalam masa terdekat dan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon,” katanya kepada Bernama selepas upacara sembahyang Hari Vaisakhi di Gurdwara Sahib Khalsa Land Camp Site di Kuala Kubu Baru hari ini.

    Mengenai kunjungannya ke Gurdwara Sahib Khalsa Land Camp Site bersempena dengan Hari Vaisakhi, Gobind yang juga Menteri Digital berkata selain untuk meraikan permulaan musim menuai mengikut kalendar masyarakat Punjabi dan Sikh itu, ia juga bertujuan beramah mesra bersama penduduk di kawasan berkenaan.

    Pada 4 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

    Kerusi DUN Kuala Kubu Baru kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac.

    Lee, 58, yang menjadi Adun Kuala Kubu Baru di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

    PRK Kuala Kubu Baru ialah PRK ketujuh yang akan diadakan selepas PRU15 pada 2022.

    Daftar pengundi Pilihan Raya bagi PRK Kuala Kubu Baru adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

    ALSO READ:  Siri tindakan cuai halang siasatan kematian Anna Jenkins - anak

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts