Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK Kuala Kubu Bharu: Lebih baik MCA, MIC sokong PN - Muhyiddin

    PRK Kuala Kubu Bharu: Lebih baik MCA, MIC sokong PN – Muhyiddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Muhyiddin Yassin berkata parti komponen BN iaitu MCA dan MIC lebih baik memberi sokongan kepada PN dalam PRK Kuala Kubu Bharu yang akan diadakan, berbanding memboikotnya.

    Pengerusi PN itu berkata ini kerana sentimen rakyat pada masa ini menolak PH, iaitu rakan BN dalam kerajaan.

    “Sama ada mereka sokong (calon PH) atau boikot, lagi bagus boikot.

    “Kalau mereka tak sokong (PH), lebih baik sokong kita,” katanya ketika sidang media selepas majlis rumah terbuka Hari Raya PN di Kuala Kubu Bharu, Selangor hari ini.

    Semalam, Presiden MCA Wee Ka Siong dilaporkan berkata dia memberi cadangan kepada Pengerusi PH Anwar Ibrahim agar meletakkan calon BN dalam PRK tersebut, bukannya DAP.

    Sementara itu, Muhyiddin berkata tidak salah untuk Gerakan menyuarakan hasrat bertanding di kerusi itu namun keputusan muktamad akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi Pimpinan PN, dengan calon dijangka akan diumumkan pada 25 April ini.

    Ditanya jika PN akan meletakkan calon Melayu, bekas perdana Menteri itu berkata memang ada cadangan daripada akar umbi dan ia akan dibincangkan berdasarkan potensi calon untuk merampas kerusi tersebut.

    “Kita tahu ini kawasan DAP, kita tak tahu calon mereka. Tapi kami ada strategi bagaimana cara untuk perolehi sokongan majoriti,” katanya.

    Muhyiddin menegaskan kepentingan memahami kawasan DUN Kuala Kubu Bharu, yang merangkumi 46 peratus pengundi Melayu, Cina (30 peratus), India (18 peratus) dan lima peratus pengundi lain, termasuk Orang Asli.

    Dia juga mendakwa ada sentimen pelbagai kaum pada masa ini tidak gembira dengan apa yang disifatkannya sebagai kegagalan kerajaan.

    “(PRK ini) tak ubah kerajaan Selangor dan status quo, tapi ia akan beri isyarat kepada kerajaan tentang bagaimana perasaan rakyat,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Ethiopia earns more earnings from energy export
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts