Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK: Nga umum peruntukan ke KKB boleh dilihat sebagai 'suapan' - NGO

    PRK: Nga umum peruntukan ke KKB boleh dilihat sebagai ‘suapan’ – NGO

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengumuman oleh Menteri Nga Kor Ming itu dibuat ketika kawasan DUN KKB akan berdepan pilihan raya kecil (PRK) beberapa minggu lagi, kata Tindak Malaysia.

    Kerajaan persekutuan dikritik kerana mengumumkan peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Bharu ketika kawasan DUN tersebut akan berdepan pilihan raya kecil (PRK) dalam beberapa minggu lagi.

    NGO Tindak Malaysia berkata pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming itu luar biasa serta dianggap langkah tidak tepat dengan PRK yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.

    Pengarah NGO itu Danesh Prakash Chako berkata penjelasan yang dibuat Menteri tidak mencukupi untuk mewajarkan tindakan tersebut kerana peruntukan itu boleh dilihat sebagai satu bentuk ‘suapan’.

    “Kami juga telah mengenal pasti cabaran dalam menguatkuasakan bahagian Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berada dalam kedudukan untuk mengenakan hukuman ke atas mana-mana individu yang melakukan amalan rasuah (termasuk Suapan).

    “Memandangkan rasuah adalah kesalahan boleh disita dalam pengertian Kanun Prosedur Jenayah, proses menuntut individu yang melakukan kesalahan ini adalah melalui mahkamah dan kuasa pendakwaan jenayah adalah tertakluk kepada pendakwa raya awam sahaja,” katanya pada kenyataan hari ini.

    Tindak Malaysia juga berkata kerajaan sepatutnya mengkaji pelaksanaan prinsip kerajaan sementara.

    Jelas Danesh, ketika tempoh pilihan raya kerajaan akan menghentikan pengambilan keputusan dasar utama kecuali untuk perkara yang mendesak.

    Ini mungkin termasuk Kod Tingkah Laku khas yang akan disediakan oleh SPR yang terpakai kepada semua ahli kerajaan sementara, katanya.

    “Kod Tingkah Laku ini boleh digunakan untuk tujuan pilihan raya kecil,” tambahnya.

    Dalam perkembangan berkaitan, NGO Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4 Center) berkata pengumuman peruntukan ini juga pengabaian secara terang-terangan terhadap integriti pilihan raya oleh kerajaan.

    ALSO READ:  In Hiroshima peace park, visitors hope Nobel win will boost peace efforts

    Menurut C4 penggunaan dana awam untuk memikat pengundi jelas terlihat dalam kenyataan Menteri yang didakwa NGO itu menyeru pengundi untuk kembali dan mengundi bagi parti yang baik, penyayang, dan progresif.

    “Niat dan mesejnya sangat jelas; dana persekutuan sedang digunakan sebagai dorongan untuk mengundi calon dari gabungan yang memerintah.

    “Begitu mudah untuk peruntukan ini diumumkan dan dipublisitikan kurang dari sebulan sebelum PRK,” katanya.

    C4 turut berkata kempen tidak beretika ini sangat memudaratkan demokrasi negara dan penyertaan masyarakat dalam proses pentadbiran.

    “Ketika PRK baru-baru ini, kerajaan ini berulang kali menunjukkan pengabaian secara terang-terangan terhadap reformasi amalan ini.

    Pengundi hati-hati

    “Dana persekutuan tidak boleh digunakan dalam rayuan undi yang begitu jelas,” katanya lagi.

    Kedua-dua NGO itu menggesa pengundi PRK Kuala Kubu Bharu yang akan datang agar lebih berhati-hati dengan proses pengundian dan mengelak daripada terbabit dalam apa jua amalan tidak beretika.

    Kelmarin, KPKT mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.21 juta bagi menaik taraf fasiliti infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Projek Kampung Baru Cina di Kuala Kubu Baharu.

    Nga berkata peruntukan terbabit termasuk 14 projek bernilai RM4.82 juta yang akan dilaksanakan oleh MPHS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

    Sementara itu, NGO Bersih turut mengkritik kerajaan dengan berkata tindakan tersebut melanggar garis panduan Larangan 3C: No Conditions (tidak bersyarat), No Campaign (tidak berkempen) dan No Candidates (tidak bawa calon) yang telah digariskan Bersih sejak Pilihan Raya Negeri 2023.

    Garis panduan tersebut adalah untuk kerajaan bukan interim (kerajaan bukan sementara), seperti kerajaan persekutuan dan Negeri dalam konteks pilihan raya kecil.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts