Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK Putatan mungkin serentak PRN Sabah, kata Bung Moktar

    PRK Putatan mungkin serentak PRN Sabah, kata Bung Moktar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tindakan Shahelmey Yahya ‘menderhaka’ arahan pemimpin partinya sendiri pada tahun lalu mungkin meletakkan timbalan ketua Menteri Sabah itu berada di persimpangan dilema tidak lama lagi.

    Hal itu kerana, menurut Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin, Negeri itu mungkin akan mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa mulai sekarang.

    Untuk rekod, kali terakhir Sabah mengadakan pilihan raya bagi dewan undangan Negeri (DUN) ialah pada Sept 2020 dan mengikut perlembagaan penggal itu akan luput pada tahun depan.

    Ketika ini Shahelmey merupakan Adun Tanjung Keramat, namun pada masa sama mengisi kerusi parlimen Putatan yang dimenanginya sebagai calon Umno-BN pada PRU ke-15 (2022).

    Bagaimanapun tindakannya enggan menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

    Pada minggu pertama 2023, Umno Sabah mengumumkan keputusan mereka untuk menarik balik sokongan terhadap Hajiji dan GRS yang – jika disepakati semua Adunnya – boleh menyaksikan kejatuhan kerajaan Negeri.

    Shahelmey Yahya

    Bagaimanapun Shahelmey enggan mengikut arahan Bung Moktar menyebabkan Hajiji dan GRS kekal sebagai kerajaan Negeri kerana masih mendapat majoriti dalam DUN Sabah.

    Ekoran keingkaran tersebut Umno menggantung keahlian Shahelmey selama enam tahun mulai 2023.

    Bung Moktar berkata jika Shahelmey berhajat untuk bertanding dalam pilihan raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, tidak ada pilihan buat ahli politik terbabit kecuali menjadi calon bebas atau parti lain.

    Namun, kata Bung Moktar, Shahelmey juga perlu akur kepada akta antilompat parti yang sedang berkuat kuasa sekarang.

    “Keputusan di tangan dia (Shahelmey), kalau dia bertanding (sebagai calon bebas atau parti lain) bermakna dia perlu mengikut peraturan… dia kena letak jawatan ahli parlimen,” katanya yang dipetik BH Online di Putatan malam tadi.

    Hajiji Noor

    Tambah Bung Moktar, jika itu berlaku maka mungkin akan berlaku PRN dan pilihan raya kecil (PRK) untuk kerusi Putatan selepas ini.

    ALSO READ:  Upko: Kerjasama PH-GRS belum diterjemah di peringkat akar umbi

    Dalam perkembangan sama Bung Moktar berkata Umno Sabah yakin mampu merampas kedua-dua kerusi yang diwakili Shahelmey ketika ini apabila pilihan raya diadakan nanti.

    “Insya-Allah, kita (Umno Sabah) mempunyai ramai calon yang boleh diletakkan sekiranya ada PRK Putatan nanti,” katanya.

    Tindakan Shahelmey menolak arahan Umno Sabah sebelum ini bukanlah bersendirian. Selain dia, ada empat lagi Adun Umno Sabah bertindak kekal menyokong Hajiji iaitu James Ratib (Sugut), Jasnih Daya (Pantai Dalit), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Hamild Awang (Balung).

    Bagaimanapun semua mereka sudah meninggalkan Umno selepas digantung keahlian masing-masing dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah pimpinan Hajiji.

    Dalam PRU ke-15 lalu Shahelmey memenangi kerusi Putatan dengan perbezaan 124 undi saja selepas mendapat 16,234 undi berbanding pencabar terdekatnya, Awang Hussaini Sahari (16,110 undi).

    Pada PRN Sabah pula dia memenangi kerusi DUN Tanjung Keramat dengan mengalahkan empat pencabar termasuk yang terdekat, Rosdy Wasly, dengan perbezaan 1,124 undi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts