Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPRK: Setiausaha politik, ahli majlis antara dipertimbang jadi calon DAP - sumber

    PRK: Setiausaha politik, ahli majlis antara dipertimbang jadi calon DAP – sumber

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK | Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, beberapa nama dispekulasi akan diangkat untuk menjadi calon gabungan Pakatan Harapan (PH).

    Menurut beberapa sumber dalaman DAP – parti yang menyandang kerusi itu selama tiga penggal – sekurang-kurangnya tiga nama sedang dalam pertimbangan untuk dipertaruhkan bagi PRK 11 Mei ini.

    Antaranya Mandeep Singh (gambar atas) yang merupakan setiausaha politik kepada Menteri Digital Gobind Singh, ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Saripah Bakar dan ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Alice Choo Foong Thye.

    “Ini tiga nama kami dapati buat masa ini. Mungkin ada nama-nama lain yang akan dipertimbangkan.

    “Tapi, buat masa ini salah seorang daripada tiga nama ini disebut-sebut akan mewakili DAP pada PRK Kuala Kubu Baharu,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

    Mandeep, juga sebelum ini dikenali sebagai aktivis daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

    Berasal dari Kalumpang, Mandeep, 38, juga telah terlibat secara aktif dalam membantu penduduk di Kuala Kubu Baharu sejak beberapa tahun ini.

    Namanya pernah disebut-sebut sebagai calon DAP di DUN Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu sebelum mendiang Lee Kee Hiong dikekalkan bagi penggal ketiga.

    “Mandeep mungkin ada peluang. Sebab dia orang kuat Gobind dan pernah terlibat secara aktif di Kuala Kubu Baharu sebelum ini,” kata sumber itu.

    Calon Melayu

    Sementara itu, satu lagi nama yang dipetik sumber ialah Saripah yang merupakan ahli MPHS bagi penggal ketiga dan merupakan penduduk tempatan.

    Saripah Bakar

    “Peluang Saripah juga agak tinggi kerana dia orang Kuala Kubu Baharu. Tiga penggal berkhidmat sebagai ahli MPHS.

    ALSO READ:  Usah kacau Pasti, pesan PAS pada kerajaan

    “Sentimen Melayu dan demografi politik di Kuala Kubu Baharu mungkin membawa kepada PH mempertandingkan calon Melayu pada PRK ini.

    “Dia juga terlibat secara aktif aktiviti kebajikan dan pembangunan wanita di Kuala Kubu Baharu,” katanya.

    Tarik pengundi Cina

    Nama ketiga adalah ahli MPS penggal pertama Alice Choo, yang menurut sumber berkemungkinan untuk menarik pengundi Cina dan wanita.

    “Secara jujur saya tidak pasti asal usul Alice Choo. Nama dia tiba-tiba muncul di peringkat Negeri sebagai calon potensi.

    “Mungkin kerana strategik PH menarik pengundi Cina dan wanita,” katanya.

    Alice Choo Foong Thye.

    Seramai 40,226 pengundi layak mengundi pada PRK ini.

    Daripada jumlah itu, seramai 39,362 orang adalah pengundi biasa, 238 orang tentera dan pasangan, 625 orang polis dan seorang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

    Kerusi Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandang tiga penggalnya, Lee, pada 21 Mac lepas.

    Lee, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baharu di bawah parlimen Hulu Selangor sejak 2013.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei manakala hari penamaan calon pula pada 27 April.

    Tarikh undi awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.

    Kuala Kubu Baharu yang dikenali sebagai ‘kerusi campur’ dengan pecahan pengundi Melayu (46%), Cina (30%) dan India (18%) dan lain-lain (6%) memberi kelebihan kepada PH.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts